Cara Amalan/Pengambilan Minyak Habatus Sauda

Cadangan Cara menggunakan Minyak HABBATUS SAUDA

 

   

 

Batuk dan Semput

Sapukan Minyak Habbatus Sauda pada dada dan belakang. Campurkan satu sudu teh Minyak Habbatus Sauda ke dalam air mendidih dan hidu wapnya 2 kali sehari. Minum satu sudu teh Minyak Habbatus Sauda  setiap pagi.


Untuk sakit hidung, tekak dan tonsillitis
Campurkan beberapa titik minyak Habbatus Sauda ke dalam satu cawan air mendidih dan hidu wapnya.  Minum satu sudu teh minyak Habbatus Sauda yang dicampurkan dengan jus limau setiap hari.


 
Untuk Sakit Mata dan penglihatan yang kurang terang
Sapukan minyak Habbatus Sauda disekeliling mata dan kelopak mata. Minum setengah sudu teh minyak Habbatus Sauda yang dicampurkan dengan jus lobak merah. Bagi yang memiliki penglihatan pudar, teruskan kaedah ini.

 

Rambut Gugur & Pertumbuhan Uban Terlalu Awal

Sapukan kulit kepala seluruhnya dengan limau dan biarkan selama 15 minit. Cuci dengan air dan syampu dan keringkan rambut. Selepas itu, sapukan Minyak Habbatus Sauda kepada seluruh kulit kepala. Teruskan untuk beberapa minggu.

Sakit Belakang & Sengal-Sengal Tulang

Panaskan sedikit Minyak Habbatus Sauda dan sapukan kepada bahagian yang sakit. Minum setengah sudu teh minyak Habbatus Sauda selama 15 hari.


Sakit Kepala & Telinga
Sapukan Minyak Habbatus Sauda pada dahi, dan di bahagian sebelah muka hingga daerah telinga dan di belakang telinga. Minum setengah sudu teh Minyak Habbatus Sauda. Teruskan selama 3 hari. 

 

Sakit Gigi

Kumuh air panas yang bercampurkan setengah sudu teh minyak Habbatus Sauda. Bubuhkan minyak Habbatus Sauda pada gigi yang sakit.



Cara Penyimpanan
Simpan di tempat berhawa kurang daripada 30°C. Tutup botol dengan ketat setelah dibuka.   

No comments:

Post a Comment