HADITH
Dari Abu Salamah dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Tetaplah kamu dengan Al-habbatus Sauda ini kerana sesungguhnya padanya
terdapat ubat segala penyakit kecuali As-Sam(maut).
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Koleksi video berkaitan dengan Habatus Sauda
Habatus Sauda digunakan sejak 500 tahun lalu |
Habbatus Sauda yang dikenali dengan nama saintifiknya NIGELLA SATIVA telah
digunakan di serata dunia terutamanya di negara Timur Tengah sebagai ubat bagi
pelbagai penyakit. Rujukan sejarah membuktikan bahawa Habbatus Sauda telah
digunakan sebagai herba perubatan sejak lebih 3000 tahun sebelum Masihi.
Bunga Habatus Sauda |
Digunakan sebagai herba perubatan sejak 2000-3000
tahun sebelum Masehi dan tercatat dalam banyak literatur kuno mengenai ahli
perubatan terdahulu seperti Ibnu Sina (980 - 1037 M),
dan Al-Biruni (973-1048 M), Al-Antiki, Ibnu Qayyim dan Al -Baghdadi. Ibnu Sina
adalah penyelidik genius dari Timur Tengah di bidang perubatan yang namanya
tercatat di semua buku sejarah perubatan timur mahupun barat, hidup antara 980
- 1037 M, telah meneliti berbagai manfaat Habbatussauda untuk kesihatan dan
perubatan.
Video perahan pertama Habatus Sauda
No comments:
Post a Comment