Monday 21 January 2013

Kenali Khazanah Habatussauda

HADITH 


Dari Abu Salamah dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Tetaplah kamu dengan Al-habbatus Sauda ini kerana sesungguhnya padanya terdapat ubat segala penyakit kecuali As-Sam(maut).
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


 
Koleksi video berkaitan dengan Habatus Sauda

Habatus Sauda digunakan sejak 500 tahun lalu
Habbatus Sauda yang dikenali dengan nama saintifiknya NIGELLA SATIVA telah digunakan di serata dunia terutamanya di negara Timur Tengah sebagai ubat bagi pelbagai penyakit. Rujukan sejarah membuktikan bahawa Habbatus Sauda telah digunakan sebagai herba perubatan sejak lebih 3000 tahun sebelum Masihi.


Bunga Habatus Sauda
Habatussauda atau di kenali juga dengan jintan hitam.Habbatussauda  dikenal dengan berbagai nama, antaranya black seed, black caraway, black seed, natura seed, jintan hitam, black cumin, nigella sativa, kaluduru, dll. 

Digunakan sebagai herba  perubatan sejak 2000-3000 tahun sebelum Masehi dan tercatat dalam banyak literatur kuno mengenai ahli perubatan terdahulu seperti Ibnu Sina (980 - 1037 M), dan Al-Biruni (973-1048 M), Al-Antiki, Ibnu Qayyim dan Al -Baghdadi. Ibnu Sina adalah penyelidik genius dari Timur Tengah di bidang perubatan yang namanya tercatat di semua buku sejarah perubatan timur mahupun barat, hidup antara 980 - 1037 M, telah meneliti berbagai manfaat Habbatussauda untuk kesihatan dan perubatan.  
 
Pecahan Struktur Habatus Sauda
 
Video perahan pertama Habatus Sauda


No comments:

Post a Comment